Rabu, 1 April 2009

ADAB-ADAB USRAH



ADAB-ADAB USRAH

1.Mengikhlaskan niat kerana Allah.

2.Berazam untuk mendapat ilmu yang diberkati sepanjang berada di dalam majlis usrah.

3.Membaca dahulu sebelum datang ke majlis supaya perbincangan lebih teratur
dan bernas.

4.Memberi salam apabila bertemu.

5.Ketaatan kepada ketua atau naqib apabila diarahkan membuat sesuatu.

6.Meminta izin untuk keluar apabila ada keperluan.

7.Berbincang dengan suara yang rendah dengan kadar yang boleh didengar oleh
anggota usrah.

8.Jauhkan dari bertengkar,kerana usah bukan medan perdebatan.

9.Jauhkan bergurau dan ketawa yang melampau.

10.Duduk dengan beradab dan tertib.

11.Menunaikan tanggungjawab apabila diamanahkan untuk membentang di dalam usrah.

12.Setiap Anggota hendaklah membawa bersamanya:
i. Al-Quran atau terjemahannya.
ii. Kitab Hadis yang berkaitan dengannya.
iii.Kitab zkir Ma`thurat.
iv.Nota dan alat tulis.

13.Setiap anggota hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain sehingga
menjadi sebuah keluarga.

14.Hendaklah hadir pada waktu yang telah ditetapkan kecuali uzur syar`ie.

15.Beritahu segera kepada naqib sekiranya ada keuzuran supaya ahi usrah
tidak tertunggu-tunggu.

16.Hendaklah menyimpan rahsia perbincangan dan tidak dibocorkan keluar.

17.Mengadakan muhasabah terbuka supaya anggota yang merasa salah kembali
ke pangkal jalan.

18.Sentiasa berpesan tentang kebenaran dan kesabaran dikalangan anggota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan